KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM KADET PISPA IKTBN PAGOH SIRI 1/2026

    KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM KADET PISPA IKTBN PAGOH SIRI 1/2026

    10 & 11 Februari 2026 (Selasa & Rabu) : Kursus Asas Pertahanan Awam Kadet PISPA IKTBN PAGOH Siri 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya, melibatkan penyertaan seramai 150 pelajar Semester 2 & Semester 3 IKTBN Pagoh dan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah Pertahanan Awam (APM) Muar Kursus Asas Pertahanan Awam Kadet PISPA IKTBN PAGOH Siri 1/2026 dilaksanakan sebagai salah satu kursus asas bagi seseorang anggota Angkatan Pertahanan Awam dan wajib dihadiri. 

    Program ini dijalankan adalah untuk membentuk belia yang aktif pada kesukarelawanan dan sekali gus membentuk disiplin dan jatidiri belia.
    Objektif utama kursus Asas Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) adalah untuk menyebar ilmu pertahanan awam, membentuk keperibadian pelajar yang berdisiplin, dan melahirkan pemimpin berwibawa yang mampu memberi bantuan kecemasan. Ia memberi tumpuan kepada kesedaran keselamatan, semangat patriotisme, dan kesukarelaan di peringkat institusi pendidikan. Selain itu, ia dapat menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaan, taat setia dan cintakan negara serta semangat patriotisme.

    Antara pengisian program adalah Sejarah Penubuhan APM, Peranan dan Tanggungjawab Angkatan Pertahanan Awam semasa aman dan krisis. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan ilmu Asas Kawad Kaki, Asas Pertolongan Cemas, Asas Ikatan dan Simpulan dan juga demonstrari Melawan Kebakaran. Program ko-kurikulum seperti ini amat bermanfaat kepada kumpulan belia dan khususnya pelajar-pelajar ILKBS.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh,
    KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, Johor

    Nombor Telefon : 06-9737836
    Nombor Faksimili : 06-9737837
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.