PERASMIAN GYMNASIUM IKTBN PAGOH

    9 Januari 2026 (Jumaat) Perasmian Gymnasium IKTBN Pagoh telah berlangsung dengan jayanya telah disempurnakan oleh Pengarah IKTBN Pagoh, Puan Suzana binti Mohammed Zohdi.

    Gymnasium ini terletak di Dewan Karisma, IKTBN Pagoh dan kini dilengkapi dengan pelbagai peralatan gimnasium yang telah diselenggara serta dinaik taraf, termasuk penambahbaikan dari segi susun atur dan reka bentuk dalaman (interior) bagi mewujudkan suasana yang lebih kondusif, selamat dan selesa untuk pengguna.

    Inisiatif ini mencerminkan komitmen IKTBN Pagoh dalam menyokong gaya hidup sihat, meningkatkan kesejahteraan fizikal serta membudayakan amalan kecergasan dalam kalangan warga institut. Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menjadi pemangkin kepada pembentukan pelajar dan warga kerja yang sihat, cergas dan berdaya saing

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh,
    KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, Johor

    Nombor Telefon : 06-9737836
    Nombor Faksimili : 06-9737837
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.