PROGRAM SAMBUTAN IHYA' RAMADAN

    PROGRAM SAMBUTAN IHYA' RAMADAN

    11 Mac 2026, Masjid At-Taqwa, IKTBN Pagoh : Majlis Khatam Quran Peringkat IKTBN Pagoh dengan kolaborasi Program Rakan Muda Masjid X Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Muar. Kolaborasi tahunan ini menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim antara belia IPT, rakan strategik serta warga IKTBN melalui pelbagai aktiviti sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini. Aktiviti utama yang dijalankan ialah tadarus al-Quran disertai aktiviti sampingan seperti Program Memasak Bubur Lambuk, Ceramah Ramadan oleh YADIM serta penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dan asnaf di kalangan pelajar IKTBN Pagoh dan sumbangan kepada golongan asnaf dalam komuniti setempat. Semoga inisiatif seperti ini terus memperkukuh jaringan kerjasama belia dan institusi dalam membentuk komuniti yang aktif, positif dan berakhlak.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh,
    KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, Johor

    Nombor Telefon : 06-9737836
    Nombor Faksimili : 06-9737837
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.