- Siti Hajar
- IKTBN Sepang
- Hits: 31
IKTBN SEPANG TERIMA LAWATAN PANEL PENILAI PENTAULIAHAN PROGRAM KEMAHIRAN
Sepang - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah selesai menerima Lawatan Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran (PPPPK) bagi permohonan pertambahan program yang dijalankan sebagai sebahagian daripada proses penilaian dan verifikasi pentauliahan program.
Berdasarkan hasil semakan yang dilaksanakan, panel penilai mendapati institusi memenuhi keperluan serta standard yang telah ditetapkan, seterusnya mengesyorkan kapasiti seperti yang dipohon bagi dua program berikut:
✅ Program Teknologi Pengeluaran Plastik (MC-100-4:2012)
✅ Program Kejuruteraan Penyelenggaraan Mesin Industri (C331-012-4:2020)
Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan IKTBN Sepang dalam memastikan kualiti penyampaian latihan kemahiran sentiasa berada pada tahap terbaik serta selaras dengan standard pentauliahan yang digariskan. Penawaran program ini dijangka dapat memperkukuh lagi peranan institusi dalam melahirkan tenaga kerja mahir, kompeten dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri semasa serta menyokong agenda pemerkasaan TVET negara.
#iktbnsepang
#tvetilkbs
#tvet
#lawatanpentauliahan
