- Siti Hajar
- IKTBN Sepang
- Hits: 51
SESI TEMUDUGA PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN INKLUSIVITI BELIA AUTISME DAN BELIA BERKEPERLUAN KHAS (PROGRAM CULLYVENTURE) UNTUK SESI 2/2026
Sepang - IKTBN Sepang terus komited dalam membuka peluang kepada golongan belia berkeperluan khas untuk membina kemahiran dan memperkukuh potensi diri melalui pendidikan dan latihan TVET. Sehubungan itu, Sesi Temuduga Pengambilan Pelajar Program Cullyventure Sesi 2/2026 telah diadakan bertempat di Auditorium Seri Baiduri, melibatkan seramai 14 orang calon yang hadir bagi menjalani sesi temuduga dan penilaian.
Para calon berpeluang mengikuti latihan kemahiran dalam bidang Asas Pembuatan Roti, yang memberi pendedahan kepada kemahiran asas serta pengetahuan berkaitan bidang pembuatan roti sebagai persediaan ke arah pembangunan kerjaya dan keusahawanan. Sesi temuduga telah dikendalikan oleh Encik Muhamad Akmal bin Anuwar selaku panel penemuduga.
Semoga sesi ini menjadi langkah awal dalam mencungkil bakat, membina keyakinan dan membuka lebih banyak peluang kepada para calon untuk melangkah ke alam kemahiran dengan lebih yakin. TVET Pilihan Utama Kerjaya ILKBS Profesional Terunggul
#iktbnsepang
#teamilkbs
#cullyventure
#tvetmalaysia
