KUALA LUMPUR – Seramai 40 orang pelajar dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang telah menyertai Majlis Ilmu MADANI bersama YAB Perdana Menteri dan Sheikh Muhammad Hydara Al-Jilani yang berlangsung di Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur, pada hari Khamis.
Program yang dianjurkan oleh Pejabat Perdana Menteri serta Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini bertujuan memperkukuhkan kefahaman serta penghayatan nilai-nilai Islam dan konsep Malaysia MADANI dalam kalangan masyarakat. Majlis tersebut turut memberi peluang kepada para pelajar IKTBN Sepang untuk menimba ilmu dan mendengar perkongsian daripada Sheikh Muhammad Hydara Al-Jilani, di samping bersama-sama mengikuti pengisian yang disampaikan oleh YAB Perdana Menteri.
Penyertaan para pelajar dalam program ini diharapkan dapat melahirkan generasi belia yang berilmu, berakhlak serta mempunyai jati diri yang kukuh selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
#IKTBNSepang
#MalaysiaMADANI
#MajlisIlmuMADANI
#HalEhwalAgama
#BeliaBerilmu
